AWANI JR – Mari Membaca

 

Majlis pelancaran Pembugaran NILAM, KM1M, Bacaan 10 minit & Frog VLE sempena kempen Mari Membaca murid-murid di SK IPG kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Nerus telah diadakan pada 05 April 2018 (Khamis) di Dewan TELTrac. Majlis ini dihadiri oleh Penulis dan Pelukis BLINK Encik Syazwan Zulkifli. Program ini dihoskan oleh adik Rizqin (9) dan Insyirah (10). Pelancaran program ini juga memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara melukis kartun dan memupuk minat membaca novel. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. Jom sama-sama kita saksikan pengisian kempen Mari Membaca ini AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

 

 

Posted in Press Mentions.