BERNAMA – SK Stowell sekolah pertama Pulau Pinang guna pengajaran, pembelajaran digital

Steven Sim Chee Keong

BUKIT MERTAJAM, 21 Mac (Bernama) — Sekolah Kebangsaan (SK) Stowell di sini menjadi sekolah kerajaan pertama di Pulau Pinang, menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran secara digital sepenuhnya menerusi penggunaan aplikasi ‘frogasia’.

Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang melancarkan sistem itu hari ini berkata, sekolah itu akan menjadi hab utama untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran itu, sebelum dicadangkan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.

“Memang ada permintaan diterima dari beberapa sekolah lain, yang ingin menggunakan sistem ini tetapi kita mulakan di sekolah ini dahulu, dan kita lihat dari situ sebelum pergi ke fasa seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu.

Posted in Press Mentions, Press Mentions.