GPS BESTARI – Lebih 40,000 meriahkan Pusat Konvensyen Setia Spice selama lima hari (23 foto)

 Lebih 40,000 meriahkan Pusat Konvensyen Setia Spice selama lima hari

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat gerai pempamer di Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Bayan Lepas semalam.

Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 menutup tirainya semalam.

 

Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan festival anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang berlangsung selama lima hari itu.

Festival di Pusat Konvensyen Setia Spice yang turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari terakhir, menyaksikan YGMB berjaya menarik keahlian baharu hampir 1,000 orang dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, setiap hari lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan festival berkenaan.

 

“Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara hadir memeriahkan FGM 2019, ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

 

“Secara keseluruhan festival yang julung-julung kali dianjurkan YGMB ini dilihat berjaya mencapai objektif dan mendapat sambutan luar biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

 

Maszlee; Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Wan Munadi bersama sekretariat YGMB di FGM 2019.

 

Menurutnya, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang hadir ke FGM 2019 kelmarin turut memuji penganjuran festival berkenaan selain turut memuat naik status di laman sosialnya.

 

“Terima kasih, bila menteri berpuas hati, kita rasa ia berjaya mencapai objektif termasuk mengenai pengisian program yang bersesuaian dan menepati kehendak arus pendidikan semasa.

 

“Kami juga menyambut baik saranan menteri agar lebih banyak pihak tampil untuk menaja FGM pada masa akan datang selain menggalakkan guru sertai YGMB,” katanya.

 

Dalam pada itu katanya, YGMB berharap festival berkenaan dapat dijadikan acara tahunan selain sebagai platform terbaik dalam menghargai jasa guru.

 

“Kita akan melihat apa-apa perkara yang boleh diperbaiki dan mempertingkatkannya di penganjuran akan datang dengan skala yang lebih besar” katanya.

 

Wan Munadi (tengah) menunjukkan 18 faedah dan manfaat kepada ahli baharu YGMB.

 Mahathir berucap pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice.

 

Mahathir mengalungkan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2019 kepada Datuk Asariah Mior Shahruddin pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice. Turut hadir Maszlee (kiri).

 

Mahathir memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh Maszlee Malik bersama murid sekolah semasa melawat gerai pameran selepas merasmikan sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice.

 

Mahathir (tiga, kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Kebangsaan 2019 kepada Nawi Ismail pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice. Turut hadir
Maszlee (dua, kiri).

 

Mahathir melawat gerai pameran selepas merasmikan sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice.

 

Mahathir sebak selepas menyampaikan ucapan perasmian sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice.

 

Mahathir mengalungkan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2019 kepada Datuk Asariah Mior Shahruddin pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice. Turut hadir Maszlee (kiri).

 

Mahathir (dua, kanan) bersama Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2019, Datuk Asariah Mior Shahruddin (dua, kiri) dan Tokoh Kebangsaan 2019, Nawi Ismail (kanan) selepas
menyampaikan anugerah tokoh berkenaan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice. Turut hadir Maszlee.

 

Mahathir sebak selepas menyampaikan ucapan perasmian sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice. Turut hadir Maszlee (kiri).

 

Mahathir hadir pada majlis perasmian sambutan Hari Guru Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice.

 

Maszlee (dua, kanan) menyampaikan sijil Malaysia Book of Record kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Mahanom Mat Sam (kiri) selepas diiktiraf sebagai penerima kad ucapan Hari Guru dari Jabatan Pendidikan negeri Pulau Pinang terbanyak iaitu 27,360 kad pada majlis Iftar Guru Pulau Pinang 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan. Majlis Iftar Guru Pulau Pinang itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

 

Maszlee memerhatikan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, Simpang Ampat mengendalikan aplikasi Boost pada Majlis Apresiasi dan Pameran Hari Guru sempena Festival Guru di Setia Spice Convention Centre. Aplikasi Boost berfungsi sebagai latihan pembelajaran kepada pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga menengah.

 

Maszlee berucap pada Majlis Apresiasi dan Pameran Hari Guru sempena Festival Guru di Setia Spice Convention Centre.

 

Guru V Padmavathy (dua, kiri) yang cacat tangan kiri sejak lahir bergambar dengan 25 guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di Setia Spice Convention Centre. Setiap penerima anugerah tersebut menerima RM5,000 dan sebuah trofi. Mereka dipilih kerana dapat menyuntik semangat kepada guru-guru lain, malah pada masa sama mampu membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

 

Seramai 25 guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di Setia Spice Convention Centre. Setiap penerima anugerah tersebut menerima RM5,000 dan sebuah trofi. Mereka dipilih kerana dapat menyuntik semangat kepada guru-guru lain, malah pada masa sama mampu membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

 

Guru V Padmavathy (tengah) yang cacat tangan kiri sejak lahir bermesra dengan Narizan Baserah (kanan) dan Mohd Farez Atan selepas terpilih menjadi antara 25 guru yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di Setia Spice Convention Centre. Setiap penerima anugerah tersebut menerima RM5,000 dan sebuah trofi. Mereka dipilih kerana dapat menyuntik semangat kepada guru-guru lain, malah pada masa sama mampu membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

 

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin (tiga, kanan) bersama guru-guru yang menerima pelbagai kategori anugerah sempena Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE.

 

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin (barisan belakang lapan, kanan) dan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Aminudin Adam (barisan belakang sembilan,kanan) bergambar bersama guru-guru yang menerima pelbagai kategori anugerah sempena Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE.

 

Guru Sekolah Kebangsaan Rumbia, Melaka Julianty Idris (tengah) menunjukkan anugerah Johan Keseluruhan Guru Inovatif kepada guru-guru yang lain (dari kanan) Kamariah Awang, Mohd Fadzli Ishak, Mohamad Jalil Mohamad Yunus dan Mohd Faruze Iberahim yang juga turut menerima anugerah pelbagai kategori yang disampaikan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Amin Senin sempena Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE hari.

Posted in Press Mentions, Press Mentions.