MALAYSIA GAZETTE – YTL lancar Inisiatif Belajar Dari Rumah

ytl-fp

KUALA LUMPUR- YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia untuk melancarkan Inisitiaf Belajar Dari Rumah.

 

Dalam satu kenyataannya hari ini, YTL berkata, kesemua pelajar boleh mengakses aplikasi mudah alih FrogPlay Mobile yang menyediakan kuiz-kuiz ulang kaji bagi setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Lima.

 

Kuiz tersebut disediakan oleh penerbit pendidikan terkenal, Pelangi.

 

Katanya, bagi mendapatkan akses dalam talian, ibu bapa yang mana anak-anak mereka belajar di sekolah kerajaan boleh mendapatkan sehingga kad SIM pra-bayar YES secara percuma, setiap satu untuk seorang pelajar yang masih bersekolah di dalam keluarga berkenaan.

 

 

Setiap kad SIM hadir dengan pelan data sebanyak 40GB yang sah sehingga 60 hari selepas diaktifkan.

 

 

Kad SIM berkenaan boleh dipos ke rumah tanpa sebarang caj.- MalaysiaGazette

 

Posted in Press Mentions, Press Mentions.