SINAR HARIAN – Frog VLE ringankan beban kerja guru

Frog VLE ringankan beban kerja guru

Penolong Pegawai PPD Maran, Shahrul Ezudin Abu Kasim (duduk dua kiri); Ketua PKG Bandar Maran, Mohd Rafie, Ismail (duduk dua kanan); Ketua PKG Chenor, Mazlan Che Kob (duduk kanan) dan Jurulatih Utama VLE Kelompok Luit, Mohd Shahrul Rizal Mohd Yusof (duduk kiri sekali) sempena Bengkel Gerak Gempur Frog VLE.

MARAN – Persekitaran pembelajaran maya atau lebih dikenal sebagai VLE dalam sistem pembelajaran berdasarkan pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Ketua PKG Bandar Maran, Mohd Rafie Ismail berkata, sebagai contoh menerusi VLE guru dapat memberikan tugasan, ujian dan dapat menyemaknya secara maya.

Menurutnya, selain itu guru dan pelajar dapat mengakses aktiviti sekolah yang telah dikemas kini oleh pentadbir untuk kemudahan masing-masing.

“Laman maya Frog VLE menjadi elemen penting pembelajaran teknologi yang akan dipantau dan dilihat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN), Pejabat Pendidikan Daerah Maran dan PKG sendiri setiap bulan.

“Kita memberikan bantuan dari segi teknikal dan latihan sahaja manakala pemantauan akan dilakukan oleh pihak PPD,” katanya.

Kata beliau, sekolah yang mengalami masalah capaian internet dalam pelaksanaan akan membuat aduan secara atas talian dan menghubungi PKG.

Beliau berkata demikian selepas Bengkel Gerak Gempur Frog VLE dan mesyuarat jawatankuasa Pengurusan GPB/GPICT dan juruteknik sekolah ahli PKG Bandar Maran 2018.

Menurutnya, program anjuran PKG Bandar Maran yang diadakan di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan (SK) Serengkam, itu dijalankan bagi tujuan meningkatkan pencapaian penggunaan Frog VLE sekolah kelompok Luit.

Posted in Press Mentions.