WISER MY – Cara Mendapatkan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Dari YTL Foundation

YTL Foundation telah melancarkan program data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan ke atas seluruh rakyat Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Program tersebut yang diwujudkan dengan kerjasama YES dan FrogAsia itu adalah bagi terus menyokong pembelajaran para pelajar yang tidak dapat ke sekolah sejak bermulanya PKP.

Selain pelan data mudah alih percuma bersaiz 40GB, orang ramai juga boleh mendapatkan telefon percuma dengan data bersaiz 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan).

Program telefon pintar dengan data percuma itu secara khusus dibuka kepada murid-murid dari keluarga B40 supaya mereka boleh belajar dari rumah.

 

Berikut adalah cara memohon telefon pintar percuma dengan data 120GB dari YTL Foundation:-

1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:

    1. Nombor MyKid/MyKad murid
    2. Nombor MyKad Ibubapa
    3. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  1. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’

Contoh. Kredit: YTL Foundation

3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

4. Jika LULUS, maka pemohon adalah layak untuk mengisi borang Inisiatif Belajar Dari Rumah oleh YTL Foundation.

 

 

Untuk info lanjut, layari laman rasmi YTL Foundation atau laman Facebook YTL Foundation.

Posted in Press Mentions, Press Mentions.