Apakah yang berlaku di HUBS?

Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Guru Advokasi atau konsultan implementasi kami di HUBS dan ianya adalah tidak tertakluk kepada format-format tertentu. Terpulanglah kepada kreativiti mereka dalam merancang sesi yang terbaik, yang penting ianya menarik, isi kandungannya disampaikan dengan sempurna dan memberikan inspirasi kepada para perserta.

Setiap sesi dijalankan secara sukarela dan ia adalah percuma! Komuniti profesional inilah yang akan menggerakkan transformasi pendidikan di Malaysia dan berfungsi sebagai “changemaker” seperti yang diperkatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

1. Sesi Meet, Share & Learn

Sesi Meet, Share & Learn adalah sesi perkongsian dan perbincangan tentang bagaimana teknologi dapat membantu komuniti guru menjayakan PdPA21 di dalam kelas. Ia juga merangkumi penggunaan aplikasi atau teknologi selain FrogVLE, seperti Google, Kahoot dll.

2. Sesi Modul Frog

Sesi Modul Frog secara hands-on dan berbentuk dua hala ini dimudah cara oleh Guru Advokasi Emas yang dilantik oleh FrogAsia, ataupun konsultan FrogAsia kami sendiri. Dapatkan bimbingan dan pelajari tip-tip terkini dari mereka!

 

3. Sesi Networking

Peluang untuk menambah kenalan pendidik yang mempunyai minat yang sama iaitu teknologi pendidikan,  kembangkan ‘network’ bagi perkongsian yang lebih global dan menginspirasi antara satu sama lain.

Galeri Aktiviti

Sejak tahun 2016, pelbagai aktiviti telahpun dijalankan di HUBS seluruh Malaysia. Jom turut serta dan jadikan ia pelengkap kepada hari produktif anda!

Cari aktiviti yang akan datang

No Events