15

NEGERI

3503

ADVOKASI

870

EMAS

0

PLATINUM

Siapakah Guru Advokasi?

 Tugas guru kini bukan hanya menyampaikan ilmu kepada murid semata-mata, tetapi juga membentuk murid yang berkemahiran dan berfikiran aras tinggi, berdaya saing, berfikiran kritis, dan berkepimpinan. Untuk tujuan tersebut, tiada lagi ruang bagi para guru untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan, atau untuk terus mengekalkan pedagogi kenvensional “chalk and talk” dan “spoon feed”. Bahkan, kami percaya bahawa komuniti guru kini sedia maklum bahawa perubahan dalam pendidikan sentiasa perlu seiring dengan perkembangan teknologi atau selangkah kehadapan untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah ditahap yang optimum.  

Adakah anda Guru Advokasi yang kami cari?

 

Jika anda seorang pencinta teknologi pendidikan dan suka berkongsi dan menginspirasi, bermotivasi tinggi, dan seorang “team player”,  anda mungkin Guru Advokasi yang kami cari. Sebagai Guru Advokasi, anda berpeluang mengembangkan komuniti guru abad ke-21, berkongsi tip-tip dan kisah kejayaan sebagai pengguna FrogVLE dan teknologi terkini dalam pendidikan. Serlahkan diri anda dan jadilah sebahagian daripada komuniti Guru Advokasi kami hari ini!

Perjalanan Guru Advokasi

 
  • Hadir ke Sesi Modul Frog yang dijalankan di Hubs yang berhampiran.
  • Hadir ke Sesi Modul Frog yang dijalankan di Hubs yang berhampiran
  • Mengendalikan 1 Sesi Modul Frog setiap bulan dengan kehadiran sekurang-kurangnya 5 orang peserta
  • Mengekalkan sekurang-kurangnya 1 komuniti online yang aktif
  • Hadir ke Sesi Modul Frog yang dijalankan di Hubs yang berhampiran
  • Mengendalikan 1 Sesi Modul Frog setiap bulan dengan kehadiran sekurang-kurangnya 20 orang peserta
  • Mengendalikan 1 Sesi Meet, Share & Learn setiap bulan dengan kehadiran sekurang-kurangnya 20 orang peserta
  • Membina, mengembangkan dan mengekalkan komuniti dalam daerah yang sama

Bersedia untuk menjadi seorang Guru Advokasi?

 

Lengkapkan Borang Permohonan Guru Advokasi secara online mengikut negeri di mana anda berkhidmat menerusi pautan yang disenaraikan di bawah. Pastikan semua maklumat adalah lengkap untuk membolehkan kelancaran proses yang selanjutnya. Pihak kami akan menghubungi anda semula dalam tempoh 14 hari bekerja. 

Kenali Guru Advokasi Emas berhampiran anda!

 

Hubungi Guru Advokasi Emas di tempat anda untuk memulakan kolaborasi PdPC! Mula berbincang, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman, serta dapatkan ilmu baharu daripada mereka.