Hubungi Kami

Perlukan bantuan berkaitan FrogVLE?

Hubungi meja bantuan kami di talian 018-799 8787. Kami sedia membantu dari hari Ahad-Jumaat (termasuk cuti umum) dan tutup pada hari Sabtu.

Emel:  moesupport@ytlcomms.my

Perlukan bantuan berkaitan HUBS?

Pegawai Admin HUBS sedia membantu dari hari Isnin-Jumaat dan tutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Emel: hubs.frogasia@frogasia.com

 

 

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah Frogasia menyokong inisiatif penubuhan HUBS di sekolah-sekolah seluruh Malaysia?

Frogasia menyokong inisiatif penubuhan HUBS dan akan menyediakan Surat Lantikan, 1 bunting (dengan stand) dan 2 helai poster.

2. Adakah pihak Frogasia bertanggungjawab mengendalikan aktiviti-aktiviti di HUBS?

Aktiviti-aktiviti di HUBS adalah bukan di bawah tanggungjawab Frogasia. Ia dirancang secara sukarela oleh Guru Advokasi Emas / Platinum yang berpengalaman dan mempunyai minat mendalam terhadap teknologi pendidikan dan pengaplikasian dalam pengajaran.

3. Adakah hanya  aktiviti-aktiviti berkaitan FrogVLE sahaja boleh di jalankan di HUBS?

Tidak semestinya, malah Guru Advokasi bebas merancang aktiviti-aktiviti dengan apa sahaja pengisian berkaitan teknologi pendidikan yang relevan dan terkini.

4. Mengapa Frogasia menjalankan inisiatif Program Guru Advokasi?

Frogasia, melalui sebuah projek nasional 1BestariNet yakin transformasi pendidikan akan berlaku dengan adanya golongan “changemaker” . Mereka inilah yang kemudiannya akan menyebar luas pengetahuan dan pengalaman, menyuntik semangat positif dan mengupaya guru-guru lain ke arah pembelajaran adab ke-21, melalui pengaplikasian teknologi, kemahiran yang relevan dengan keadaan semasa.

5. Apakah yang akan saya dapat dengan menjadi seorang Guru Advokasi?

Sekiranya permohonan anda sebagai seorang Guru Advokasi diterima, anda  akan menerima Surat Lantikan. Guru Advokasi Emas dan Platinum akan menerima Surat Lantikan, pin Guru Advokasi, swag berbentuk barangan cenderahati FrogAsia dan jemputan eksklusif ke acara tahunan Leaps of Knowledge secara percuma.