Modul Latihan Hub

 

 

FrogAsia menyediakan pelbagai Modul Hub bagi membantu guru-guru bermula dengan platform pembelajaran maya FrogVLE. Ia juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami dalam mempersiapkan guru-guru dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 yang lebih menarik , mempunyai pengisian dan berkesan di dalam kelas. Modul-modul ini digunakan dalam sesi latihan modul yang dikendalikan oleh Guru Advokasi kami yang penuh semangat dan mempunyai minat mendalam terhadap teknologi pendidikan. Ikuti aktiviti terkini di Hub berhampiran anda, sertai sesi latihan modul-modul yang berlainan dan kuasai semua kemahiran yang ditekankan menerusi setiap modul. Kami akan sentiasa menambah modul baharu dari masa ke masa, Happy Learning!

[Logo] Pie
PIE (Participation, Interaction, Engagement)

Bengkel ini membimbing peserta untuk menarik perhatian dan meningkatkan penglibatan pelajar secara interaktif di dalam P&P melalui penghasilan laman baharu dengan menggunakan 3 widget iaitu Text, Media dan Wall di dalam Frog VLE. Bengkel ini juga akan memberi ruang untuk guru berkongsi idea berkenaan pengurusan kelas.

[Logo] Chendol
CHEnDOL (Critical Thinking, HOTS, Engagement and Discussion through Online Learning)

Bengkel ini direka untuk guru-guru yang ingin memupuk HOTS dalam kalangan pelajar dengan menggunakan bahan P&P atas talian sebagai perangsang pemikiran dan menggalakkan pembelajaran kolaboratif, melalui bantuan 3 widget (Embed Website, External Link, dan Forum)

[Logo] Teh Ais
TEH AIs (Tech Enhancement for Assessment and Interaction)

Perkongsian tentang cara memanfaatkan dan menyesuaikan penggunaan teknologi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan dan meningkatkan kecekapan pengajaran melalui penggunaan FrogVLE menerusi 3 widget iaitu Poll, Quiz, Form berfokus kepada aspek interaksi dan penilaian.

[Logo] Cake
CAKE (Connect And Keep Engaging)

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa guru-guru dan pelajar-pelajar dengan satu cara pembelajaran yang kreatif dan inovatif melalui teknologi persidangan video dengan gabungan penggunaan laman Frog, iaitu konsep pembelajaran Frog Connected Classroom.

[Logo] Puffs PUFFS (Projects Using Frog For Students)

Bengkel ini direka untuk guru-guru yang ingin melibatkan pelajar dalam pengajaran abad ke-21 melalui pembelajaran berasaskan projek dengan menggunakan Frog VLE. Bengkel ini juga memberi ruang untuk guru untuk berkongsi pengalaman mereka dan merekabentuk projek digital bagi pelajar dengan menggunakan widget-widget tertentu.

[Logo] ChefCHEF (Communicating and Heading E-learning with Frog)

Bengkel ini direka khas untuk Frog Admin dan meliputi tugas-tugas pengurusan pengguna ke arah pembudayaan Frog di sekolah anda. Ketahui dan kongsikan amalan terbaik Frog Admin dan alami pengalaman bengkel yang berlainan.

 

[Modules-Logo]-Gulai

GULAI (Game Up Learning And Involvement)

Modul ini akan memperkenalkan FrogPlay sebagai aplikasi ulangkaji untuk murid dengan kandungan kuiz sediaada, permainan mini dan laporan prestasi yang komprehensif. Ia juga merangkumi kaedah pembelajaran melalui maklum balas prestasi yang berterusan melalui penggunaan aplikasi FrogPlay.

[Logo] Nasi Lemak

NASI LEMAK (Modul Hub FrogAsia Yang Bertemakan Aplikasi-Aplikasi Mudah Alih Frog)

Modul Nasi Lemak adalah modul yang merangkumi kesemua modul-modul yang berkenaan dengan telefon pintar YES Altitude dan aplikasi-aplikasi mudah alih Frog - Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap. Mulakan sesi bengkel dengan mana-mana sub-modul tersebut.

Frogbites Logo (1)

 

 FrogBites - Modul E-latihan Frog VLE untuk guru-guru

Modul E-latihan FrogBites disediakan khas untuk guru-guru yang ingin mengaplikasikan Frog VLE di dalam P&P. Ia direka supaya lebih senang dan fleksibel untuk dipelajari dan merangkumi kemahiran asas menggunakan Frog VLE. Modul ini memberikan guru kebebasan untuk belajar pada bila-bila masa, mengikut keupayaan sendiri.

Sate (Start and Teach Easily)

Gunakan Frog untuk membantu pembelajaran dan bertanding untuk menjadikan sekolah, guru dan pelajar anda sebagai juara dalam Frog Championships dengan bahan pembelajaran PERCUMA dari aplikasi Frog Boost dan Frog Play yang mudah diakses oleh guru dan pelajar. Start and teach easily!