Hello! Kami Adalah FrogAsia!

Kami adalah sekumpulan teknokrat yang mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam mentransformasi pendidikan melalui teknologi. FrogAsia merupakan sebuah perusahaan sosial yang memangkin perubahan dalam pendidikan dengan melaksanakan segalanya melalui pendekatan yang berbeza. Sebagai inisiatif pertama di dunia yang menghubungkan seluruh negara melalui sebuah platform pembelajaran berasaskan awan, kami sentiasa mencari jalan untuk memberikan impak yang maksima dalam pengajaran dan bilik darjah.

 

Matlamat kami adalah untuk membawa perubahan kepada pendidikan di Malaysia. Kejayaan matlamat ini bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu di FrogAsia.

Membawa perubahan

FrogAsia merupakan sebuah perusahaan sosial yang memangkin perubahan dalam pendidikan dengan melaksanakan segalanya melalui pendekatan yang berbeza. Sebagai inisiatif pertama di dunia yang menghubungkan seluruh negara melalui sebuah platform pembelajaran berasaskan awan, kami sentiasa mencari jalan untuk memberikan impak yang maksima dalam pengajaran dan bilik darjah.

 

Matlamat kami adalah untuk membawa perubahan kepada pendidikan di Malaysia. Kejayaan matlamat ini bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu di FrogAsia.

Transformasi pendidikan di Malaysia untuk masa depan

Sejak 2012, kami telah menjalankan transformasi bilik darjah dari sebuah ruang tradisional kepada ruang pembelajaran abad ke-21, di mana setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk dibekalkan dengan pengetahuan, maklumat dan kemahiran yang akan memperkasakan mereka untuk menjadi lebih kreatif dalam berkomunikasi, berkolaborasi dan menjadi pencetus perubahan dalam komuniti mereka sendiri dan di seluruh dunia.

Platform pendidikan seluruh negara tanpa jurang untuk kanak-kanak

Di FrogAsia, kami mempunyai visi di mana setiap kanak-kanak mempunyai akses menyeluruh kepada pendidikan abad ke-21 tidak kira latar belakang dan lokasi mereka.

 

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya berasaskan awan yang memberi peluang pendidikan dan melengkapi keperluan pelajar dalam pembelajaran serta menghubungkan mereka dengan komuniti pelajar yang lain di seluruh negara.

Melengkapi dan Kerjasama dengan Ibu Bapa

Kami percaya bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam perjalanan pembelajaran kanak-kanak, dan apabila dilengkapi dengan teknologi yang betul, ibu bapa, serta warga pendidik perlu bersama-sama menyokong pelajar dan meningkatkan taraf pendidikan negara.

Kenali Frog VLE, persekitaran pembelajaran maya yang menjadi pemacu dalam mentransformasi pembelajaran di 23 buah negara di seluruh dunia.

 

Projek 1BestariNet adalah sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membawa sambungan dan teknologi ke semua sekolah dan kelas di seluruh Malaysia.

Mengubah kaedah dan cara berfikir

Sebagai sebuah syarikat teknologi pendidikan, kami memahami pengenalan teknologi sahaja tidak mencukupi – pemikiran dan perspektif juga perlu diubah. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mentransformasi pendidikan di Malaysia, kami menganjurkan acara tahunan Leaps of Knowledge, sesi bengkel latihan di Hubs dan meraikan usaha guru melalui The Lilypad. Kami percaya bahawa usaha-usaha untuk memperkasa, mempersiap dan menghargai semua pelajar, guru dan pendidik akan mengubah minda dan memenangi hati mereka semua.