Tentang Projek 1BestariNet

Projek 1BestariNet adalah satu usaha untuk menghubungkan lebih 10, 000 buah sekolah kerajaan di seluruh Malaysia melalui talian internet YES 4G untuk menyediakan platform pembelajaran secara dalam talian Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) yang ringkas, menyeronokkan dan menarik perhatian. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menghubungkan semua sekolah melalui satu platform pembelajaran. Sehingga hari ini, kami telah menyediakan perkhidmatan ini kepada lebih 10, 000, 000 orang pengguna – 5, 000, 000 pelajar, 500, 000 guru dan 4, 500, 000 ibu bapa.

Tentang Frog VLE

Sebagai sebahagian daripada Projek 1BestariNet, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia kini dilengkapi dengan Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya)
secara percuma. Frog VLE ialah sebuah platform pembelajaran yang mesra pengguna dan merupakan sebuah gerbang kepada timbunan sumber pendidikan dan aplikasi yang menarik yang sedia ada dalam dunia Internet.

FrogAsia dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Malaysia memandang jauh ke masa hadapan. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, Sistem Pendidikan Malaysia sekarang menyasarkan untuk mencapai objektif-objektif yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Melalui projek 1BestariNet, sasaran FrogAsia bertumpu ke arah akses sama rata, menaik taraf kualiti dan menambah rakan kerjasama .

Memberikan peluang yang sama rata kepada pendidikan berkualiti yang bertaraf antarabangsa

Melalui Frog VLE, kami merapatkan jurang digital untuk membolehkan para guru dan pelajar mengakses pengetahuan dan pembelajaran yang berkualiti.

Memperkaya ICT untuk memperluaskan pembelajaran yang berkualiti di seluruh Malaysia

Dengan menyediakan sokongan dan latihan integrasi di sekolah-sekolah, kami mencipta persekitaran yang menyemarakkan semangat guru dan pelajar untuk menjana keberhasilan pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi.

Bekerjasama dengan ibu, bapa, komuniti, dan sektor swasta

Kami menghargai kerjasama yang terbina dengan semua guru, pendidik, kawan, dan rakan kerjasama dalam bidang pendidikan. Melalui inisiatif ini, kami berhubung dengan pihak yang tepat dan bersama membina momentum untuk membawa perubahan ke dalam bilik darjah.