Rakyat Malaysia boleh belajar di mana jua, tanpa mengira masa

Di Malaysia, Frog VLE boleh diakses oleh semua 10, 000 sekolah di seluruh negara melalui Projek 1BestariNet. Direka oleh Frog Education, ia merupakan persekitaran pembelajaran maya berasaskan awan yang boleh meringkaskan dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran, komunikasi dan pentadbiran. Dengan pengalaman selama hampir 15 tahun dan pelbagai anugerah, Frog VLE bukan sahaja digunakan di Malaysia, malah ia juga digunakan oleh 20 juta pengguna di lebih 12, 000 sekolah di 23 buah negara di seluruh dunia, dalam kalangan komuniti pengajar dan pelajar.

Guru

Guru boleh menggunakan Frog VLE untuk mengajar, memberikan tugasan, dan memantau pencapaian para pelajar secara maya. Pentadbir sekolah pula boleh mengurus kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Frog VLE.

Pelajar

Pelajar boleh mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan ulangkaji di mana jua tanpa mengira masa. Mereka juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Ibu bapa

Melalui Frog VLE, ibu bapa yang bekerja sentiasa dapat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah anak-anak mereka menerusi papan kenyataan sekolah. Selain itu, mereka juga boleh mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka.

Frog VLE adalah sangat bermanfaat dan mudah digunakan

Pelbagai Widgets yang sangat berguna

Guru boleh menghasilkan laman pengajaran di dalam Frog VLE dengan menggunakan widget-widget yang mempunyai pelbagai fungsi. Terdapat lebih daripada 29 widget di dalam Frog VLE yang mengandungi fungsi untuk memainkan video, memuat turun fail, berbincang dengan pelajar dan banyak lagi.

Pembinaan laman pembelajaran dengan fungsi seret dan lepas

Pembinaan laman pembelajaran dengan Frog VLE adalah seperti bermain blok Lego. Dengan fungsi seret dan lepas serta pelbagai widget yang disediakan, guru boleh membina laman penajaran yang menarik dan kaya dengan kandungan serta mudah digunakan oleh pelajar mahupun guru-guru lain.

Berkolaborasi di mana jua, tanpa mengira masa

Para pengguna boleh mengakses Frog VLE di mana sahaja dengan sambungan Intenet kerana ia adalah sebuah jaringan berasaskan awan. Berkolaborasilah dengan guru dari sekolah anda mahupun dari sekolah-sekolah lain dengan mudah!

Bukan sekadar mengajar sahaja

Alatan pentadbiran yang tersedia dalam Frog VLE boleh digunakan oleh sekolah untuk mengurus dengan lebih baik urusan pentadbiran, badan-badan ko-kurikulum atau kelab pula boleh membina laman agar ahli-ahli kelab dapat menyumbang, manakala guru boleh menggunakan Laman untuk menganjurkan pertandingan di peringkat sekolah. Segalanya bukanlah mustahil!

Sumber pengajaran lengkap sedia guna untuk semua guru!

Selari dengan KSSR & KSSM

Kandungan standard selari dengan kurikulum pendidikan Malaysia

Merangkumi semua subjek

Darjah 1 hingga Tingkatan 5

Percuma!

Akses kandungan percuma dan gunakan di dalam kelas untuk mengajar atau tugaskan kepada pelajar

Oleh guru, untuk guru

Boost diwujudkan melalui kerjasama FrogAsia, Pelangi dan pakar-pakar subjek untuk meringankan beban guru

FrogPlay

Belajar bila-bila masa, di mana sahaja pada mana-mana peranti

Log masuk untuk menggunakan FrogPlay