Hubungi Kami

Meja Bantuan kami bersedia membantu jika anda berdepan dengan sebarang masalah atau isu teknikal yang berkaitan dengan Frog VLE serta pertanyaan umum.

 

Hubungi kami di: 018 - 799 8787
Emel kami di: moesupport@ytlcomms.my
(7 pagi - 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Tutup pada hari Sabtu )

Rakan Perkongsian

Sertai kami dalam usaha membina komuniti pembelajaran abad ke-21 bersama-sama!

Pasukan Rakan Perkongsian kami sentiasa mencari  peluang berkolaborasi bersama komuniti pendidikan dan organisasi perniagaan untuk menawarkan nilai tambahan kepada komuniti pembelajaran abad ke-21 di Malaysia.  

Sekiranya organisasi anda berminat, hantarkan email ke: partnerships@frogasia.com

Layari Learn Centre!

Learn Centre mengandungi panduan langkah demi langkah untuk pelbagai widget dan fungsi untuk membantu anda mendapatkan yang terbaik daripada Frog VLE. Perlukan sesuatu yang lebih interaktif? Terdapat video panduan yang akan membantu anda mengetahui perkara yang ingin anda ketahui.

Soalan-soalan Lazim

 

Q. Adakah Frog / Yes 4G terdapat di sekolah saya?

 
A: Ya! Frog sudah tersedia di sekolah anda (dan semua sekolah kerajaan di Malaysia!) Apa yang anda perlukan untuk mengakses Frog ialah:
1. Peranti seperti komputer atau Chromebook.
2. Sambungan Internet e.g. Yes 4G dibekalkan secara percuma di sekolah anda atau mana-mana pembekal sambungan internet.
3. Pelayar internet (Kami lebih optimum dengan Google Chrome).
4. ID anda dan kata laluan – daftar masuk melalui http://hopin.frogasia.com.
 

Q: Bagaiamanakah saya mendapatkan YES ID dan kata laluan?

 
A: Untuk Guru Besar dan Pentadbir
1BestariNet YES ID diberikan secara percuma kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa di sekolah kerajaan seluruh Malaysia di bawah inisiatif 1BestariNet, Kementerian Pendidikan Malaysia.Jika anda ingin mengaktifkan YES ID anda klik di sini.
 
Untuk Guru dan Pelajar
Sila hubungi pentadbir Frog sekolah untuk mendapatkan Yes ID dan kata laluan.
 
Untuk Ibu Bapa
Sila klik di sini untuk mendapatkan Yes ID anda.
 

Q: Apakah faedah yang saya peroleh apabila menggunakan 1BestariNet Yes ID?

 
A: Yes ID membolehkan anda mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan kepada anda di bawah program 1BestariNet. Ia termasuklah:
 
1. Yes Mail, yang dikuasakan oleh Google, memberikan anda akses kepada emel dan seluruh aplikasi-aplikasi di dalam Google termasuk Google Drive (Doc, Slides, Sheets, Forms dan Drawings).
 
2. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) Frog, sebuah persekitaran pembelajaran maya berasaskan awan yang telah merangkul beberapa anugerah ini, membekalkan satu set alatan yang lengkap yang boleh dimanfaatkan oleh golongan guru, pelajar dan ibu bapa untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran, pembelajaran, komunikasi dan pentadbiran.
 
3. Frog Academy, satu ruangan dalam talian yang dibangunkan bagi menarik minat pelajar untuk melengkapkan tugasan dan melakukan ulangkaji yang berkonsepkan pembelajaran berasaskan permainan.
 
4. FrogStore ialah kedai sehenti yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan pendidikan setiap guru dan pelajar, yang boleh digunakan untuk mengakses pelbagai sumber pendidikan termasuklah e-buku, video, artikel, kertas kerja, permainan, laman dan banyak lagi.
 
5. Selain daripada itu, 1BestariNet Yes ID juga membolehkan anda mengakses Frog VLE dengan percuma apabila anda disambungkan dengan rangkaian Yes. Ia juga dilengkapi dengan 200MB data percuma setiap bulan untuk membantu anda memulakan pengembaraan pendidikan anda. Pemilik 1BestariNet Yes ID juga diberikan kadar prabayar istimewa iaitu 2.5 sen/MB.
 

Q: Saya terlupa kata laluan saya! Saya ingin mendapatkannya kembali!

 
A: Tidak kira sama ada anda adalah seorang guru atau pelajar, anda boleh menghubungi Frog Admin sekolah untuk membantu anda mengubah kata laluan . Selain itu, sila hubungi Meja Bantuan di 018 - 799 8787 atau e-mel kami di moesupport@ytlcomms.my. Anda juga boleh mengubah dan mengurus kata laluan anda melalui Frog VLE.
 

Q: Bagaimanakah untuk bermula dengan Frog?

 
A. Anda boleh melayari Learn Centre untuk mendapatkan panduan langkah demi langkah tentang penggunaan Frog VLE. Anda juga boleh mengunjungi salah sebuah Frog Hub kami, sebuah ruang kemudahan untuk para guru-guru mempelajari lebih lanjut tentang penggunaan Frog dan teknologi bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran. Klik di sini untuk mengetahui tentang Frog Hubs.
 

Q: Bolehkah wakil FrogAsia datang ke sekolah kami untuk melatih guru-guru kami?

 
A. Jika anda memerlukan latihan atau ingin belajar lebih lanjut tentang Frog VLE, sila kunjungi Frog Hubs yang berdekatan dengan anda! Frog Hub adalah lokasi terpilih yang mudah diakses oleh sekolah-sekolah dalam sesuatu kawasan. Sekiranya kami tidak dapat pergi ke sekolah anda, kami mempelawa anda untuk mengikuti bengkel latihan yang diadakan di Frog Hub yang terdekat dengan anda. sebuah ruang kemudahan untuk para guru belajar lebih lanjut tentang Frog dan teknologi bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran.Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hub terdekat dengan anda.
 

Q: Saya perlu memindah masuk seorang pelajar daripada sekolah lamanya ke sekolah saya. Bolehkah itu dilakukan? Bagaimanakah ia dapat dilakukan?

 
A: Ya, ia boleh dilakukan. Sekiranya anda menerima mesej ralat ketika cuba memindah masuk pelajar atau guru ke sekolah anda, ia mungkin disebabkan pengguna tersebut masih belum dipindah keluar daripada sekolah lama mereka. Untuk kes ini, anda selaku Pentadbir Frog boleh menggunakan fungsi Request Transfer Out untuk meminta Pentadbir di sekolah lama pengguna untuk memindahkannya keluar. Ketahui lebih lanjut tentang perkara ini di sini.
 
Jika anda ingin memindah masuk pengguna ke dalam VLE sekolah anda, klik di sini untuk mengetahui caranya.