Siri acara Leaps of Knowledge dianjurkan dengan hasrat memberi inspirasi, melengkapkan, dan memperkasakan rakyat Malaysia sebagai pemangkin kepada perubahan yang diperlukan oleh dunia hari ini, terutamanya melalui penggunaan teknologi dan Internet. Setiap acara menampilkan beberapa penceramah tempatan dan antarabangsa terpilih yang akan membentangkan idea-idea, kemajuan dan konsep yang terkini dan mengujakan demi untuk mengubah dunia dalam sekelip mata.

Program Frog Classroom ialah projek pengubahsuaian yang direka untuk mentranformasi bilik darjah kepada sebuah ruangan yang ceria, serta bersesuaian dengan tahap kolaborasi dan penglibatan yang diperlukan untuk pembelajaran abad ke 21 . Tranformasi bilik darjah ini adalah usahasama di antara Yayasan YTL dan semua guru, ibu bapa serta pelajar di sekolah-sekolah yang berminat.

 

Anugerah tahunan 1BestariNet Teacher Awards ini dianjurkan oleh FrogAsia dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha menghargai penat lelah dan sumbangan guru-guru Malaysia dalam mengintegrasi teknologi ke dalam pengajaran mereka dengan menggunakan kaedah yang kreatif dan inovatif. Guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa di seluruh Malaysia boleh mencalonkan mana-mana guru hebat yang mereka kenali mengikut kategori yang bersesuaian.

Inisiatif yang berjaya

Ketahui lebih tentang inisiatif lepas yang dianjurkan FrogAsia serta kesannya kepada para komuniti pendidikan.

Persidangan Leaps of Knowledge 2013 bersama Nick Vujicic

Berdasarkan kejayaannya mengatasi pelbagai cabaran dan menjalani kehidupan seperti orang lain meskipun dengan batasan fizikal, Nick Vujicic merupakan jemputan pertama kami yang telah melancarkan siri Leaps of Knowledge 2013 buat julung kalinya, dan telah menginspirasi orang ramai dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

 

Girl Rising: I Am Change Kuala Lumpur

Tayangan filem eksklusif Girl Rising, sebuah dokumentari yang difilemkan sempena Hari Antarabangsa Kanak-kanak Perempuan ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan kanak-kanak perempuan dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti di dalam dunia yang kian membangun.

 

Persidangan Leaps of Knowledge: The Future of Learning

Persidangan selama satu hari ini menampilkan barisan penceramah ucaptama dan dan panel antarabangsa dan tempatan, antaranya ialah pemenang TED Prize, Professor Sugata Mitra, Naib Presiden Korporat Intel, Gregory Bryant dan pengarang buku Barefoot Leadership, Alvin Ung. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin dalam bidang pendidikan dan teknologi dengan kelayakan yang berbeza.

 
 

Persidangan Leaps Of Knowledge bersama Julia Immonen

Dikenali sebagai pemegang dua rekod dunia kerana telah mendayung di lautan atlantik bersama pasukan yang terdiri daripada anggota wanita sahaja. Julia Immonen merupakan pengasas Sports for Freedom, sebuah organisasi yang menggunakan unsur unsur kemanusiaan dan sukan untuk mengetengahkan penyeludupan manusia dan isu perhambaan di skala global. Julia membawa mesej dan inspirasi kepada pelajar pelajar untuk menggunakan keupayaan sedia ada untuk mengubah dunia seperti yang mereka impikan .

 

Persidangan Leaps of Knowledge: Inspiring Changemakers in Education

Bertemakan “Inspiring Changemakers in Education” persidangan Leaps Of Knowledge 2014, dibawa khas oleh FrogAsia Sdn Bhd bagi mengetengahkan pemikir-pemikir hebat dan agen-agen perubahan yang berani seperti Dr Alice Wilder, Alistair Smith, Julia Immonen dan Jaul Anak Bunyau di pentas persidangan Leaps Of Knowledge.

 

Summer School Kuala Lumpur Bersama Kolej St Anne, Universiti Oxford

Summer School KL mencari pelajar-pelajar untuk diberikan inspirasi dan bimbingan dalam membuat keputusan berkenaan bidang yang hendak diceburi dan dimanakah tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka selepas alam persekolahan. 17 profesor terbaik dari Kolej St’ Anne, Universiti Oxford dijemput hadir untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar yang berlangsung selama 4 hari merangkumi mata pelajaran yang terdiri daripada Falsafah, Undang-undang dan Biokimia.


Summer School KL Showdown

Diadakan pada sebelah petang selepas Summer School KL, Summer School Showdown menghimpunkan 105 pelajar bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan bagi mempelajari kemahiran hidup yang penting seperti kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran pembentangan. Para pelajar dicabar untuk keluar daripada Zon Selesa mereka dan datang dengan idea-idea baru yang berani untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan kepada mereka.


Persidangan Leaps of Knowledge Bersama St.Anne’s College, University of Oxford

Selain daripada Summer School, kami juga menganjurkan persidangan bersama St Anne’s College, University of Oxford untuk pelajar di seluruh Malaysia. Dengan menghadiri persidangan selama satu hari peserta telah diberikan taklimat mengenai subjek yang diajar di universiti tersebut melalui ceramah pendek oleh 17 profesor serta mempelajari tentang cara hidup dan bagaimana untuk melanjutkan pelajaran di UK. Objektif persidangan ini adalah untuk meningkatkan aspirasi dalam kalangan pelajar.


Persidangan Leaps of Knowledge Conference: The Classroom ReimaginED

Dengan bertemakan “The Classroom ReimaginED”, persidangan ini menjemput guru-guru untuk menerokai pelbagai cara melalui teknologi agar dapat digunakan secara kreatif dalam membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dr Cathy Davidson, seorang penulis, pensyarah dan inovator berkongsi cara-cara praktikal bagi guru agar boleh mengemas kini konsep pelajaran dan menyuntik kehidupan baru dan semangat ke dalam pelajar hari ini. Ken Wissoker , Pengarah Editorial pula telah menekankan nilai kreativiti dalam bilik darjah. Peserta telah mempelajari teknik daripada guru-guru yang cemerlang dalam beberapa bengkel dan telah mengambil bahagian di dalam aktiviti dan pameran yang menarik sepanjang hari.


Acara akan datang

Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai visi yang jelas untuk mengubah lanskap pendidikan melalui teknologi, kami juga terlibat dalam pelbagai program dan inisiatif yang dapat memberi faedah kepada pendidikan. Berikut adalah antara acara akan datang yang anda boleh sertai. Sila klik tajuk acara untuk melihat maklumat lanjut.

Stay tuned for upcoming events!