Peneraju dalam teknologi pendidikan

Tiada batasan dalam potensi untuk inovasi dan perubahan dalam sistem pendidikan pada era ini. Sebagai peneraju dalam usaha mentransformasi dunia pendidikan, kami di FrogAsia mampu melakukannya dengan terdapatnya individu-individu yang bermotivasi dan bercita-cita tinggi.

Anda juga boleh menemui kami di:

Fakta Ringkas

Impak Seluruh Negara

Di bawah Projek 1BestariNet oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kami telah menyediakan platform pembelajaran maya kepada lebih 10, 000 sekolah di seluruh negara.

Berbeza dan Berbilang Kaum

Pasukan kami adalah terdiri daripada mereka yang berbakat dari pelbagai negara, bidang dan budaya - tetapi kami berkongsi satu minat yang sama iaitu sikap suka belajar.

Dibina di atas sebuah Legasi

Kami adalah sebahagian daripada Kumpulan YTL, sebuah konglomerat antarabangsa beranugerah tinggi dengan perniagaan teras dalam hartanah, simen, utiliti, hotel mewah dan telekomunikasi. Kami berurusan dengan lebih 12 juta pelanggan di seluruh dunia sejak 1955.

Teknologi Inovatif

Perisian yang kami gunakan adalah perisian yang menggunakan alatan tercanggih (contohnya; LAMP Stack, Nginx, React Native) dan kaedah-kaedah terkini (contohnya; Agile melalui SCRUM, Sistem Automatik menggunakan Selenium, integrasi dan operasi yang berterusan) untuk pembangunan dan pengujian.

Gerbang ke Asia

Lokasi kami adalah di negara kepelbagaian kaum yang makmur, Malaysia. Pantai yang indah, pemandangan gunung yang mempesonakan, dan beberapa lokasi tarikan di Asia hanya terletak beberapa jam sahaja dari negara ini!

Pembangunan Kerjaya

Kami adalah organisasi yang berkembang pesat dengan pelbagai peluang untuk menimba pengalaman menguruskan projek-projek yang besar dan anda akan dapat membangunkan kerjaya dalam jangka masa yang singkat.

Faedah

Data 4G Percuma

Dapatkan elaun data 4G percuma dengan rangkaian Yes.

Diskaun Kumpulan Korporat

Nikmati diskaun berpanjangan yang diberikan kepada semua staf apabila anda menyertai pusat kecergasan atau makan di kafe dan restoran di Kuala Lumpur.

Perlindungan Perubatan dan Hospital

Anda akan dilindungi dengan kad perubatan percuma dan polisi hospital yang komprehensif.

Peluang Pembangunan Profesional

Program latihan percuma, bengkel pembelajaran waktu makan tengahari, dan kursus yang disediakan untuk membantu anda memajukan diri secara profesional.

Budaya Kerja Berbeza

Bekerja dalam persekitaran kerja yang ceria dan memberangsangkan dengan sokongan padu dari rakan sekerja yang mempunyai latar belakang yang berlainan.

Kelas Pilates Setiap Minggu

Keluarkan peluh anda dan kembalikan kecergasan bersama rakan-rakan sekerja anda!

Sertai FrogAsia

Jika anda seorang yang cintakan pendidikan dan ingin menjadi sebahagian daripada pemacu perubahan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, ini adalah tempat yang tepat untuk anda. FrogAsia terdiri daripada sekumpulan individu yang tekun, bersemangat dan berbakat yang bersama-sama membina teknologi pembelajaran inovatif dan memacu setiap dasar yang dirancang .