Komunikasi

Komunikasi yang baik adalah kunci kepada sekolah yang ceria dan efisyen. Dengan alatan komunikasi dalam Frog VLE, guru dan kaki tangan sekolah boleh saling berkongsi maklumat, idea dan amalan terbaik dengan mudah  dan cepat.

icons - big- high res-12Dashboard Sekolah

Sebuah papan notis digital yang membolehkan pihak sekolah memuat naik semua berita dan pengumuman terkini untuk guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. Ketahui cara mengakses Dashboard Sekolah di sini.

Parent's Noticeboard

Papan Notis Ibu Bapa

Kadangkala sekolah anda mungkin mempunyai berita atau pengumuman khusus  untuk perhatian ibu bapa. Papan notis ibu bapa membolehkan sekolah berkongsi berita dan pengumuman dengan ibu bapa.

icons - big- high res-13

Laman Jabatan

Secara lalai, sebuah Laman Jabatan disediakan untuk subjek-subjek yang disenaraikan di dalam Kurikulum Kebangsaan. Guru subjek boleh menggunakan laman ini untuk menyusun berita, berkongsi sumber pengajaran dan mengadakan perbincangan. Ketahui tentang Laman Jabatan di sini.

icons - big- high res-06

Forums

Forum adalah ruangan perbincangan yang selamat dan tertutup yang hanya boleh diakses oleh sekolah anda, membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar saling boleh berhubung dan berkongsi idea berkaitan sesuatu topik atau subjek. Ketahui tentang Forum di sini.

TimelinesGaris Masa

Garis Masa adalah suapan berita mengikut gaya media sosial yang memaparkan semua aktiviti anda dalam Frog VLE. Ketahui tentang  Garis Masa di sini.

icons - big- high res-05

Emel

Emel adalah dikuasakan oleh Google dan boleh diakses melalui Frog VLE dengan menggunakan butiran log masuk 1BestariNet. Ketahui lebih lanjut tentang Emel di sini.