Memperkenalkan Hubs

FrogAsia memperkenalkan Hubs pada awal tahun 2016 untuk memberikan sesi latihan Frog VLE yang lebih berkualiti kepada semua guru di Malaysia. Hub merupakan sebuah ruangan berpusat dan tempatan yang diwujudkan di sekolah-sekolah, ruangan awam, dan bangunan. Guru-guru di kawasan berdekatan (biasanya dalam lingkungan 25km) boleh berkumpul di Hub untuk mengajar, belajar dan berkolaborasi sesama sendiri untuk meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Frog VLE.

Apakah kelebihan Hubs?

Lokasi Berpusat

Hubs adalah lokasi berpusat yang ditubuhkan supaya semua guru dan sekolah berdekatan dengannya boleh mudah bertemu dan belajar di antara satu sama lain. Lokasi berpusat ini dapat mengurangkan masa dan kos perjalanan untuk para guru dan membolehkan perkongsian pengetahuan yang relevan mengikut keperluan dan permasalahan tempatan.

Modul Latihan

Modul Latihan kami menekankan kepada penggunaan kombinasi pelbagai widget dan fungsi yang terdapat di dalam Frog VLE serta kemahiran terbaru KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Modul kami adalah bertemakan makanan (sebagai contoh P.I.E iaitu Participation, Interaction dan Engagement ) kerana itulah keunikan rakyat Malaysia! Anda juga mungkin berpeluang melihat guru menghidangkan makanan berdasarkan nama modul untuk sesi anda pada hari tersebut!

Bertemu Kawan Baru!

Oleh kerana kawasan lingkungan setiap Hubs mengambil kira lokasi tempatan dan daerah berdekatan, seseorang guru itu boleh berjumpa dengan guru-guru lain dari kawasan yang sama dan menjalinkan hubungan erat di antara mereka! Ini adalah suatu peluang yang sangat baik untuk menambah kenalan untuk bekerjasama di dalam projek, berkongsi tip dan strategi pengajaran, serta memberi galakan dan inspirasi ke arah sesuatu yang lebih hebat!

Guru Advokasi

Guru Advokasi kami, yang merupakan guru-guru biasa yang dipilih kerana pengalaman mereka dengan Frog VLE, bersedia memberi bantuan dan bimbingan, serta memberi anda inspirasi untuk menggunakan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran anda.