Respon Covid-19

Respon Covid-19: Belajar dari Rumah

FrogAsia bersama-sama dengan YTL Foundation dan Yes menyediakan data percuma dan bahan-bahan pembelajaran dalam talian percuma kepada semua murid dan guru dari sekolah-sekolah kerajaan bagi belajar dari rumah. Kami juga memerlukan bantuan anda untuk mencalonkan pelajar yang memerlukan dari keluarga B40 untuk mendapatkan telefon dan data percuma agar mereka dapat terus belajar dari rumah. Di samping itu, kami menjalankan webinar dan program-program bagi menyokong guru-guru semasa mereka mengajar dari rumah.

Bahan Pembelajaran Percuma

Data Percuma

Telefon Percuma untuk Keluarga B40

Webinar

Bahan Pembelajaran Percuma

Pelajaran di FrogSchool

Akses bahan pembelajaran dalam talian percuma dan kuiz-kuiz ulang kaji untuk belajar dari rumah dengan FrogSchool.

 Bahan pembelajaran percuma dari Tadika hingga Tingkatan 5

 Video, nota, aktiviti dan kuiz, semuanya pada satu tempat

 Menarik dan selaras dengan kurikulum

Kuiz-kuiz Ulang Kaji dalam aplikasi FrogPlay Mobile

Akses ke Aplikasi Mudah Alih FrogPlay adalah percuma bagi menyokong pelajar belajar dari rumah.

Dengan pelbagai soalan kuiz yang terus bertambah, terdapat lebih daripada 13,500 kuiz untuk digunakan!

Kuiz merangkumi mata pelajaran SK, SMK, SJKC & SJKT. Muat turun aplikasi FrogPlay Mobile sekarang di telefon atau tablet anda!

Data Percuma

Murid

Kami akan menyediakan kad SIM prabayar 4G ibu bapa
dengan rancangan data 40GB untuk anak-anak belajar dari rumah.

 

Guru

Untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian, kami akan menyediakan kad SIM prabayar 4G percuma kepada guru dengan 2GB / bulan.

Telefon percuma untuk keluarga B40

 

Belajar dari rumah tidak dapat dilaksanakan oleh sesetengah orang kerana mereka tidak mempunyai akses data dan peranti. Kami mahu membantu.
Kami memberikan telefon percuma dengan data bernilai 120GB (10GB / bulan selama 12 bulan) kepada murid dari keluarga B40 supaya mereka dapat belajar dari rumah.

Tahu pelajar yang tidak dapat terus belajar dari rumah kerana tidak mempunyai peranti?

Webinar

 

Sertai kami siri webinar kami bersama guru bagi menyokong guru lain dalam perjalanan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka dari rumah.

Dapatkan maklumat lanjut di laman media sosial FrogAsia