Hello! Kami Adalah FrogAsia!

Kami adalah sekumpulan teknokrat yang mempunyai kesungguhan yang tinggi dalam mentransformasi pendidikan melalui teknologi. FrogAsia merupakan sebuah perusahaan sosial yang memangkin perubahan dalam pendidikan dengan melaksanakan segalanya melalui pendekatan yang berbeza. Sebagai inisiatif pertama di dunia yang menghubungkan seluruh negara melalui sebuah platform pembelajaran berasaskan awan, kami sentiasa mencari jalan untuk memberikan impak yang maksima dalam pengajaran dan bilik darjah.

 

Matlamat kami adalah untuk membawa perubahan kepada pendidikan di Malaysia. Kejayaan matlamat ini bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu di FrogAsia.

Merapatkan jurang pendidikan dengan merapatkan jurang digital.

 

Dengan memberikan akses kepada platform dalam talian kepada lebih daripada 10,000 buah sekolah, persekitaran pembelajaran maya kami memberikan peluang sama rata tanpa mengira lokasi dan masa. Akses kepada informasi dan teknologi terkini tanpa kekangan dan sempadan fizikal membolehkan usaha sepenuhnya dimulakan ke arah mencapai proses pembelajaran yang terbaik.

Pembaharuan pendidikan dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan keberhasilan yang lebih baik.

 

Kami bekerjasama dengan pendidik dan organisasi tempatan untuk membawa pembaharuan kepada pendidikan dengan mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengwujudan komuniti-komuniti, perkongsian amalan terbaik, latihan-latihan, bengkel, acara dan program, kami berharap kami dapat mentransformasi cara pemikiran yang bakal membawa perubahan yang besar dalam keberhasilan pembelajaran dan pengajaran.

Ikuti perjalanan tranformasi kami setakat ini!

Rakan Kerjasama Kami