FrogAsia Sdn Bhd Facebook YouTube Twitter Instagram

UTUSAN – Persidangan Global Goals cetus inovasi baharu pelajar

image

Artikel ini diterbitkan di UTUSAN pada 6 Jun 2016. Artikel Asal


Lebih
500 pelajar sekolah menengah seluruh negara menyertai Global Goals anjuran FrogAsia Sdn. Bhd. dan Yayasan YTL sempena persidangan Leaps of Knowledge yang bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada pelajar di negara ini melalui ceramah yang disampaikan oleh pakar-pakar motivasi bertaraf dunia dalam bidang masing-masing.

Pengarah Eksekutif FrogAsia Sdn. Bhd., Lou Yeoh berkata, Global Goals merupakan misi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertujuan membasmi kemiskinan tegar, merapatkan jurang ketidaksamaan dan menangani perubahan iklim menjelang 2030.
“Dalam program itu, pelajar berpeluang menyertai bengkel, melontarkan idea dan mencari jalan penyelesaian tentang permasalahan global selain dapat menerokai pelbagai cabaran menyeronokkan selari dengan 17 misi utama Global Goals.
“Melalui usaha ini, peserta dapat merasakan mereka juga bo­leh membuat sesuatu bagi memenuhi keperluan sejagat de­ngan melakukan perubahan dan mengimaginasikan semula dunia mereka,’’ katanya dalam majlis itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Antara penceramah dalam persidangan ini termasuklah Pengasas dan Pengarah Eksekutif di Educate Girls, Safeena Husain, wakil Teaspoons of Change, d’Arcy Lunn dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, pertubuhan sosial Extraordinary People Impacting Community (EPIC), John-Son Oei.
Sementara itu, bagi membuktikan komitmen FrogAsia dalam memperkasakan pelajar ke arah perubahan sosial, Anugerah Vinnie Chan diperkenalkan dalam persidangan itu bagi mengiktiraf pencapaian individu atau kumpulan yang telah membuat kelainan dalam masyarakat mereka dengan memperjuangkan Matlamat Global.
Menurut Yeoh, penerima anugerah akan diumumkan pada November ini dan bakal mene­rima hadiah Make a Difference dan sumbangan dana bagi membiayai projek sokongan kepada Global Goals.

 

Posted in Press Mentions.

Leave a Reply