Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab bertujuan agar pelajar mampu menguasai kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta mengaplikasikannya secara baik.

Berikut adalah 3 teknik interaktif untuk mengajar Bahasa Arab:-

1. Teknik pengajaran melalui Permainan

Dalam pengajaran Bahasa Arab mempunyai beberapa ciri khas utama iaitu suara, gerak, gambar, garis dan tulisan. Permainan bahasa termasuk pada kategori yang menitikberatkan suara dan gerak. Contoh permainan yang boleh dilaksanakan di dalam kelas adalah Zid Mufradatik.

Tujuan permainan: Untuk mengenal dan menghafaz kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, yang mencakupi Isim, Fi’il dan Harf

Cara bermain: Pelajar dibahagi kepada kumpulan, dan setiap kumpulan mengutus beberapa peserta mengikut sesuai kesepakatan bersama. Pelajar yang mengikuti permainan berdiri di hadapan pelajar lain. Kemudian, pengajar memulakan permainan dengan menyebut salah satu kalimat (Isim, Fi’il dan Harf)  kepada pelajar yang berdiri di bahagian hujung kiri/kanan. Pelajar yang dipilih melanjutkan kalimat lainnya dengan memulakan daripada huruf akhir daripada kalimat yang disebutkan oleh pengajar, dan begitu pula dengan pelajar lainnya mengikut giliran.

2. Teknik pengajaran melalui Aktiviti dan Kreativiti

Untuk memantapkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar, pengajar boleh menerapkan aktiviti bahasa serta menampilkan hasil kreativiti pelajar melalui contoh aktiviti-aktiviti berikut:-

  • Amali perbualan dalam Bahasa Arab untuk memantapkan kemahiran mendengar dan bertutur
  • Pemidato Bahasa Arab untuk memantapkan kemahiran bertutur
  • Pembacaan akhbar dalam Bahasa Arab untuk memantapkan kemahiran membaca
  • Majalah dinding untuk memantapkan kemahiran menulis
  • Tayangan dalam Bahasa Arab untuk memantapkan kemahiran mendengar

3. Teknik pengajaran menggunakan ICT

Tidak dapat dinafikan bahawa alat bantu mengajar berupa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyumbang banyak impak positif. VLE Frog mempunyai pelbagai aplikasi, seperti Site, Assignment, FrogPlay, Frog Boost dan widget-widget lain, yang boleh membantu guru membuat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab lebih menarik dan interaktif di dalam kelas.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik mengajar Bahasa Arab, anda boleh merujuk kepada jurnal ini: ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), Vol. 1(1), January 2017, 78-93.