Siri 1BNTA | SK Meru 2 | ‘Communication’

 

1

Pada 16 Mei 2016, pihak FrogAsia telah mengumumkan penerima-penerima anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2016; Meraikan Guru abad Ke 21. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas pengiktirafan guru-guru tersebut! Sila terokai laman 1BNTA untuk maklumat selanjutnya.

Dalam siri artikel 1BestariNet Teacher Awards (1BNTA) ini, kami akan meraikan guru dan sekolah abad ke-21 dengan kisah cerita dari sekolah pemenang. Sertai kami untuk menerokai rahsia-rahsia kejayaan dari sekolah abad ke-21 serata negara!

2

#1 | Pentas yang sama rata untuk menyuarakan pendapat

Dengan pengunaan Frog VLE, pelajar tidak perlu berebut-rebut atau membuat bising ketika cuba untuk menjawab soalan. Dengan menggunakan laman dan ‘embed’ Google Slide atau dengan menggunakan widget Wall, pelajar tidak lagi akan rasa terasing atau berkecil hati kerana mereka semua mendapat peluang yang sama untuk menyelesaikan tugasan.
#2 | Penglibatan Seluruh Sekolah Melalui Frog VLE

“Kita sudah biasa mendengar bagaimana Frog VLE membantu kolaborasi di antara sekolah, mahupun yang berada di negeri berlainan, tetapi Frog VLE juga dapat meningkatkan pengelibatan semua warga dalam sekolah yang sama. Sebagai contoh, pertandingan kuiz antara kelas dapat dilakukan melalui laman. Pertandingan yang melibatkan undian juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dengan penglibatan semua warga sekolah untuk memilih pemenang. Tambahan pula, murid, guru dan ibu bapa juga boleh membuat ucapan Hari Raya kepada seluruh warga sekolah.”

3 LP_SKMeru2Memilih

Laman "SK Meru 2 Memilih"

4 LP_RayaSakan

Laman "Raya Sakan"

Pelajar dan guru di SK Meru 2 didedahkan kepada cara-cara meningkatkan komunikasi dan perbincangan melalui pelbagai cara. Berikut adalah 3 idea yang boleh anda jadikan bagi sekolah anda juga!

Pertandingan Kuiz Melalui Laman
Setiap bulan, peraduan kuiz VLE Frog dijalankan melalui laman yang disediakan oleh Cikgu Mohammad Azmi mengikut topik-topik tertentu. Pelajar dan guru diberi masa tertentu untuk menjawab soalan kuiz. Kemudian, peserta yang paling banyak menjawab soalan dengan betul diumumkan sebagai pemenang di dalam majlis anugerah frog champion bulanan dan diberikan hadiah.

Memilih Pemenang Pertandingan Melalui Undian
Sebarang pertandingan yang diadakan di SK Meru 2, jika melibatkan undian, akan dibuka melalui Site yang bertajuk "SK Meru 2 Memilih". Masa undian ditetapkan dan keputusan diumumkan sejurus selepas masa mengundi tamat.

Ucapan Perayaan Menerusi Laman
Laman "Raya Sakan" diwujudkan khas bagi warga sekolah untuk membuat ucapan sama ada daripada murid, guru mahupun ibubapa SK Meru 2. Site ini dibuka setiap kali waktu perayaan. Lima (5) ucapan yang paling menarik akan dipilih sebagai pemenang bertuah untuk menerima hadiah raya di acara majlis anugerah Frog Champion Bulanan.

#3 | Penyeliaan yang mudah dan menyeronokkan
Tugasan murid lebih mudah dipantau terutama sekali apabila menggunakan aplikasi Google Drive. Selain melakukan tugasan berkumpulan secara maya, perkongsian bahan juga menjadi lebih mudah. Dengan cara ini, pembelajaran jadi lebih menyeronokkan dan bebanan guru juga dapat diringankan.
 
5
 
Kami sempat berbual dengan Cikgu Mohammad Azmi Muda, penerima anugerah 1BestariNet Teacher Awards 2016 dalam kategori “Communication”. Beliau telah berusaha untuk meningkatkan komunikasi dan perbincangan antara pelajar dan guru-guru serta warga sekolah SK Meru 2, Klang, Selangor. Berikut adalah petikan daripada daripada temubual kami!
 
6
 
7

Apakah perasaan cikgu setelah memenangi anugerah 1BNTA dalam kategori ‘Communication’?

Untuk saya, perasaan gembira pastilah ada. Saya anggap anugerah ini sebagai suatu penghargaan kepada kami yang cuba membudayakan VLE Frog bukan sahaja di sekolah tapi di seluruh Malaysia. Maka anugerah ini adalah sangat baik untuk motivasi, bukan sahaja untuk saya tetapi buat seluruh warga sekolah.

Bila saya bergerak dengan VLE Frog, saya bukan sahaja bergerak seorang tetapi turut membawa nama sekolah dan nama negeri. Ramai guru lain yang saya kenali melalui VLE Frog juga berfikiran sedemikian.

Jadi, ini satu penghargaan yang sangat istimewa dan tidak saya sangka. Terima kasih, FrogAsia.

Cikgu, bagaimana penghargaan ini akan mendorong guru-guru untuk membudayakan Frog VLE dan PdP abad ke-21 di sekolah mereka?
Sebenarnya, kita yang membudayakan Frog VLE tidak mengharapkan apa-apa untuk diri sendiri. Penghargaan ini adalah bonus. Semua penyelaras Frog VLE tahu akan pelbagai cabaran yang dihadapi.

Sebagai guru penyelia Frog VLE, kami ingin membudayakan Frog VLE bukan untuk penghargaan individu sendiri tetapi untuk anak-anak bangsa. Kita harapkan guru-guru lain akan mengikuti jejak langkah kita.

Apakah perubahan yang boleh cikgu lihat di sekolah cikgu apabila keputusan anugerah 1BNTA diumumkan?
Kami teruskan kerja seperti biasa. Tapi kami rasa lebih kuat. macam ada pengikut ataupun ‘followers’. Guru di sekolah saya sendiri dulu, tak ramai minat Frog VLE tetapi sekarang ramai nampak yang apa yang boleh kita boleh dapat dengan Frog VLE. Saya sekarang juga sibuk dengan Frog di luar sekolah. Saya semakin saling mengenali guru guru di sekeliling komuniti saya yang semakin berkembang.

Semangat para guru dari sekolah saya akan menjadi lebih membara and kami akan membudayakan Frog VLE. Itulah matlamat saya. Pengalaman daripada sekolah lain - ada yang masih kurang sedar kebaikan Frog VLE. Penghargaan ini dapat membuka mata mereka.

8

#1 | Sertailah komuniti Frog Advocate di daerah/negeri anda
Sekarang ada banyak platform untuk berkongsi kaedah dan tips dengan guru-guru lain. Dengan komuniti yang utuh, kita lebih bersemangat berjuang bersama-sama.

#2 | Pembelajaran adalah menyeronokkan!
Ada banyak cara untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok. Lebih-lebih lagi, sekarang cuti raya, guru-guru sudah mula membekalkan bahan kerja rumah untuk di buat semasa cuti sekolah. Frog VLE boleh di akses di mana-mana sahaja pelajar berada. Ada kaedah yang boleh kita terapkan untuk memastikan murid terus teruja dengan pembelajaran.

Saya juga melaksanakan bengkel dengan guru-guru yang lain supaya kami dapat meningkatkan prestasi PdP kami agar menjadi lebih interaktif. Ada antara kami ‘berlakon’ sebagai pelajar dan guru-guru lain mengajar kita.

#3 | Menggunakan widget-widget dan tool lain dalam Frog VLE
3 widgets yang saya suka guna dalam site-site saya adalah :

  • External link
  • Random name generator
  • Poll

9

Kami berharap agar sekolah di seluruh negara akan terus komited dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21 melalui VLE Frog dan berkongsi amalan terbaik penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Ayuh! Sertai kami menjadi contoh teladan kepada guru-guru dan sekolah di seluruh negara, dan memberi motivasi kepada pendidik-pendidik di luar sana untuk mentransformasi cara pengajaran, bersesuaian dengan keperluan pendidikan abad ke-21!

Untuk ikuti perkembangan terkini cerita Cikgu Azmi di SK Meru 2, sila layari laman Facebook VLE Frog SK Meru 2!

 
Untuk makluman, anugerah ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Guru 2016 bagi mengiktiraf guru-guru dan sekolah yang telah menyumbang kepada pelaksanaan Frog VLE dengan cemerlang. Program ini telah mendapat sokongan dan galakan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada tahun 2016, sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu 1BNTA for Critical Thinking, 1BNTA for Creativity, 1BNTA for Communication, 1BNTA for Collaboration, 1BNTA for Character dan 1BNTA for the Most Outstanding School. Kategori-kategori tersebut memberi penekanan kepada lima elemen pendidikan abad ke 21 iaitu Pemikiran Aras Tinggi, Kreativiti, Kolaborasi, Komunikasi dan Pembinaan Karakter. Kesemua elemen yang dipacu oleh persekitaran pembelajaran maya Frog VLE ini bersesuaian dengan usaha Kementerian Pendidikan dalam melahirkan modal insan yang madani, selaras dengan anjakan ke 3, 4, 7, dan 9 dalam pelan induk pembangunan pendidikan Malaysia.
Posted in 1BNTA and tagged , , , , , , , , , , .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *