Professor Colin Diamond, Pusat Pengajian Universiti Birmingham
Colin Diamond telah lama berkhidmat di dalam bidang kepemimpinan pendidikan di England dan pernah menjadi Ketua Fakulti, Guru Besar Bersekutu, Penasihat Penguasa Pendidikan Tempatan, Penolong Pengarah dan Pengarah Pendidikan / Perkhidmatan Kanak-kanak.

Beliau telah banyak membantu ramai anak muda untuk membaca dan menikmati sastra sepenuhnya serta memimpin peningkatan prestasi dua pihak berkuasa tempatan.

Tahniah! Anda Kini Seorang Guru. Kami Sedia Membantu.

Semenjak sekolah ditutup disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa minggu yang lalu, ibu-bapa kini terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru dalam memastikan pendidikan anak mereka dapat diteruskan dari rumah. Ia bukanlah tugas yang mudah kerana rata-rata ibu-bapa di seluruh dunia terpaksa mempelajari kaedah-kaedah baharu bagi memastikan pendidikan yang terbaik dapat diberikan kepada anak mereka.

Di Universiti Birmingham, kami mempunyai pelajar-pelajar bidang pendidikan yang datang dari seluruh pelosok dunia dan ini membolehkan kami membentuk sebuah rangkaian pendidikan bertaraf antarabangsa. Saya sendiri mempunyai pengkhususan bagi melahir dan membentuk pempimpin dalam bidang pendidikan: iaitu bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin masa depan dan juga bagi mereka yang kini digelar pemimpin tetapi masih mahu mencari ilmu bagi menambah baik kualifikasi sedia ada.

Tetapi, ketika kita berhadapan dengan situasi penularan wabak COVID-19 ini, saya terpaksa mengalih perhatian saya kepada kaedah pembelajaran dari rumah. Apa yang akan terjadi sekiranya anak-anak kita terpaksa belajar dari rumah? Di awal pelaksanaan PKP, saya telah menulis sebuah blog bertajuk ‘Becoming the Teacher’ dan turut berkongsi 12 tips utama khas untuk ibu-bapa dalam membantu pembelajaran anak mereka terus dari rumah.

Kini, selepas beberapa minggu, kita sudah dapat menilai apa yang terbaik dan apa yang perlu kita lakukan bagi mewujudkan persekitaran  pembelajaran dari rumah yang berkesan. Ada beberapa guru besar memberitahu saya, sekiranya mereka memperoleh pendidikan berkualiti bersama anak mereka untuk tempoh 2 jam, mereka amat gembira. Ini kerana, sebagai seorang guru yang juga seorang ibu, mendidik anak di rumah adalah berbeza dengan mendidik anak murid di sekolah memandangkan hubungan yang kita ada dengan anak sendiri adalah lain berbanding dengan hubungan yang dibentuk bersama para pelajar.

Jadi, setiap minggu saya akan menulis di sini bagi memastikan setiap tips dan nasihat dapat dikongsi dengan semua bagi kegunaan kita bersama.

Untuk minggu ini, mesej saya adalah khas buat ibu-bapa dengan anak kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan. Tiada yang lebih baik daripada latihan membaca buku kegemaran anda atau buku pilihan anak anda, bersama-sama.  Mendengar cerita sambil memeluk “teddy bear’ kegemaran adalah langkah terbaik dalam perkembangan minda seseorang anak kecil. Ia dapat membantu penguasaan bahasa dan boleh memupuk imaginasi anak tesebut. Anak anda akan menjadi pembaca dan penulis yang berjaya sekiranya penggunaan bahasa di dalam penceritaan dapat dikuasai dengan baik. Dan inilah yang perlu anda lakukan bagi menjadi seorang guru yang baik bermula dari rumah.

Semoga maju jaya dan kita jumpa lagi minggu depan.

Prof Colin Diamond

Pusat Pengajian Universiti Birmingham

 

Aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran FrogSchool boleh menarik minat pelajar.

Berhubung dengan guru kami dan ibu bapa lain dalam Komuniti Learn From Home di Facebook untuk mendapatkan lebih banyak panduan dan sokongan.

Recent Posts