Professor Colin Diamond, Pusat Pengajian Universiti Birmingham
Colin Diamond telah lama berkhidmat di dalam bidang kepemimpinan pendidikan di England dan pernah menjadi Ketua Fakulti, Guru Besar Bersekutu, Penasihat Penguasa Pendidikan Tempatan, Penolong Pengarah dan Pengarah Pendidikan / Perkhidmatan Kanak-kanak.

Beliau telah banyak membantu ramai anak muda untuk membaca dan menikmati sastra sepenuhnya serta memimpin peningkatan prestasi dua pihak berkuasa tempatan.

Jom Kita Pastikan Pembelajaran Kekal Menyeronokkan!

Minggu ini saya sekali lagi terfikir tentang ibu-bapa dengan anak kecil yang mungkin baru menjejakkan kaki ke alam pra-persekolahan.

Di peringkat ini, kanak-kanak diletakkan di dalam persekitaran kelas yang mengutamakan teknik pembelajaran melalui aktiviti bermain.

Namun, ini tidak bermakna mereka akan bermain pada setiap masa, sebaliknya kaedah ini penting bagi mengiktiraf kebolehan berimaginasi seseorang kanak-kanak samada secara solo mahupun bersama rakan sebaya.

Sewaktu saya melawat ke kelas pendidikan awal kanak-kanak, saya mendapati diri saya selalu terlibat dengan permainan mereka seperti memasak dan memandu ke sesuatu tempat.

 

Sebagai seorang dewasa, penting untuk melibatkan diri di alam fantasi mereka bagi menggalakkan kanak-kanak ini meneroka serta menguji idea-idea baru.

Jadi, sebagai ibu-bapa, apa yang harus kita lakukan bagi mendapatkan keseimbangan kaedah pembelajaran yang betul di rumah?

Ketika berada di sekolah, guru akan segera memastikan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti pada sesuatu masa. Mereka akan sama-sama mendengar cerita bersama guru dan kemudian akan dipindahkan bagi melakukan aktiviti lain seperti mengira atau mengklasifikasi objek. Seterusnya mereka akan diajar untuk membentuk huruf-huruf dan juga melukis. Kelas yang terbaik untuk kanak-kanak adalah suasana kelas yang tidak terlalu bising ketika mereka saling berinteraksi di antara satu sama lain.

Mesej penting untuk ibu bapa adalah untuk menyediakan kepelbagaian aktiviti ketika berada di rumah. Ini kerana jangka masa tumpuan kanak-kanak adalah singkat. Ini bermakna, ibu bapa perlu menyediakan dua ke tiga aktiviti berbeza dalam tempoh, mungkin, sejam.

Ibu-bapa boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran FrogSchool seperti aktiviti membaca, pembuatan layang-layang ataupun menonton video mengenai haiwan peliharaan! Dan tentu saja, tidak menjadi kesalahan untuk meluangkan sedikit masa di hadapan skrin bagi membolehkan anda berdua berehat memandangkan metode pembelajaran seorang ke seorang adalah agak mencabar.

Video FrogSchool mengenai haiwan peliharaan

Anda tidak perlu risau sekiranya kaedah ini tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Selama beberapa tahun, guru-guru telah mempraktikkan rutin ini dan berhasil mewujudkan kepelbagaian dalam mengurus kelas-kelas mereka.

Sekiranya anda berjaya mendapatkan masa berkualiti bersama anak-anak anda, anda telah melakukan yang terbaik!

Prof Colin Diamond

Pusat Pengajian Universiti Birmingham

Aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran FrogSchool boleh menarik minat pelajar.

Berhubung dengan guru kami dan ibu bapa lain dalam Komuniti Learn From Home di Facebook untuk mendapatkan lebih banyak panduan dan sokongan.

Recent Posts