Ramai guru cukup berpuas hati dengan pengetahuan dan kaedah pengajaran mereka. Walau bagaimanapun, seperti semua perkara, keperluan pendidikan berubah dari masa ke semasa dan kaedah pengajaran yang telah diamalkan selama ini mungkin tidak bersesuaian untuk abad ke-21. Guru harus keluar dari zon selesa mereka dan menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 (PAK21).

"Saya dipaksa keluar dari zon selesa saya dua kali - bila saya bertugas di sekolah bandar dan kemudiannya dipindahkan ke sekolah luar bandar," kata Cikgu Mohd Nasrul Safwan bin Zaukafali, Guru Sains dan ICT di SK Sungai Pinang, Kelantan. Cikgu Nasrul telah memenangi Frog Teacher Awards 2018 kerana telah berjaya menambahbaik pengajaran dan pembelajaran sekolah melalui Frog.

 

Profesyen yang mulia tetapi mencabar

Cikgu Nasrul dianugerahkan Frog Teacher Awards oleh YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz

"Saya menjadi seorang guru kerana saya ingin menyumbang kepada pendidikan negara. Perguruan adalah profesyen yang sangat mulia tetapi mencabar, dan saya menerima cabaran ini untuk memupuk dan membimbing generasi masa depan Malaysia. Setakat ini, pengalaman mengajar saya adalah perjalanan yang paling menggembirakan," kata Cikgu Nasrul.

Beliau memulakan perjalanannya sebagai seorang guru di SK Bandar Utama Damansara 4, Selangor pada tahun 2012. Ketika itu, sekolah tersebut telah menggunakan Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. "Ia amat mencabar bagi saya ketika berada dalam persekitaran sekolah bandar. Pelajar sudah maju dalam menggunakan teknologi dan saya pula mempunyai pengetahuan yang sangat sedikit. Saya baru tamat pengajian di maktab perguruan tetapi berasa seperti saya dilemparkan ke dalam laut tanpa mengetahui cara berenang!" Cikgu Nasrul menceritakan pengalamannya buat kali pertama sebagai seorang guru.

Cikgu Nasrul melihat guru-guru lain serta pelajar menggunakan Frog untuk pengajaran dan pembelajaran, tetapi tidak pernah menggunakannya sehingga dia dipindahkan ke SK Sungai Pinang pada tahun 2015. Pada masa itu, JPN telah memulakan inisiatif untuk melaksanakan PAK21 di sekolah melalui Frog. "Saya rasa lost pada masa itu kerana SK Sungai Pinang sekolah luar bandar. Berbanding dengan SK Bandar Utama, pelajar SK Sungai Pinang tidak mempunyai pengetahuan teknologi yang mendalam. Saya tidak tahu bagaimana untuk bermula mengajar mereka," kongsinya sambil ketawa dengan bersahaja.

 

Melangkah keluar dari zon selesa

Cikgu Nasrul mencapai kesedaran bahawa beliau perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin pelajarnya ke arah PAK21. "Saya mencabar diri saya untuk keluar dari zon selesa dan mula mengaplikasikan Frog untuk pengajaran dan pembelajaran. Memang sukar pada mulanya, tetapi semakin lama mengguna, semakin mudah diguna. Saya juga sentiasa memberi galakkan kepada diri saya sehingga berjaya supaya saya dapat memperkenalkan Frog kepada pelajar saya,” beliau berkata.

Apabila beliau telah terbiasa menggunakan Frog, beliau mula mengajar pelajar bagaimana menggunakannya. "Ia antara tugas paling sukar yang pernah saya lakukan sebagai seorang guru. Pelajar saya tidak tahu cara menggunakan teknologi, jadi sukar untuk memulakan penggunaan Frog untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri dengan fungsi komputer sahaja,” kongsi Cikgu Nasrul.

Sebagai salah seorang guru termuda di SK Sungai Pinang, beliau dilantik sebagai Admin Frog and Guru ICT. "Saya telah menukarkan semua kata laluan pelajar untuk memudahcara penggunaan komputer. Langkah demi langkah, saya mengajar mereka cara log masuk ke Frog, melayari dashboard pelajar dan mengakses kandungan seperti laman guru dan kuiz FrogPlay," kata Cikgu Nasrul.

 

Mengajar bukan untuk guru, tetapi untuk pelajar

Dedikasi seorang guru tidak mengenal batas apabila Cikgu Nasrul menuai hasil usahanya. "Saya mengambil masa satu tahun untuk membiasakan semua pelajar saya dengan cara-cara penggunaan Frog. Ada kalanya saya berasa penat dan kecewa, tetapi saya tidak pernah berputus asa. Melihat pelajar saya dapat menggunakan Frog secara yakin dan berdikari amat bernilai bagi saya,” katanya sambil tersenyum manis.

Sejak itu, Cikgu Nasrul telah mengoptimumkan Frog untuk pelajaran Sains. Beliau berkongsi bagaimana Frog telah mengubah sikap pelajarnya terhadap pembelajaran. "Mereka sentiasa bersemangat untuk belajar dengan Frog. Sebagai guru Sains, saya melihat bagaimana Frog telah menambahbaik pembelajaran setiap topik bagi pelajar saya. Pelajaran subjek Sains mungkin rumit bagi pelajar, tetapi Frog telah memudahkan pemahaman definisi dan konsep Sains melalui video, visual serta aktiviti yang menarik.

-

Frog Teacher Awards masih berterusan! Layari www.frogteacherawards.com dan undilah untuk guru yang menonjolkan ciri-ciri seorang pendidik luar biasa, pemimpin inspirasi, advokasi berpengaruh dan peneraju edutech.