Seiring dengan perkembangan pendidikan abad ke-21  yang semakin pesat, kita melihat mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diajar menggunakan teknologi. Ini juga boleh dilakukan untuk mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam! Bagaimana guru Pendidikan Islam boleh menggalakkan penglibatan murid di dalam kelas melalui teknologi?

Inilah cara-cara SMK Agama Arau menggunakan Frog dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam:-

Menggunakan Site untuk Bahasa Arab

Cikgu Zulkifli bin Rozali, Guru Bahasa dan Admin Frog, menggunakan Site untuk melakasanakan pengajaran di dalam kelas. Beliau memasukkan nota-nota dan bahan pembelajaran lain ke dalam Site, dan kemudian berkongsi Site dengan murid-murid. “Saya suka menggunakan Site kerana ia begitu mudah untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran serta berkongsi maklumat dengan murid-murid saya,” kata beliau.

Membina kuiz FrogPlay

Cikgu Zulkifli dan guru-guru Pendidikan Islam membina kuiz FrogPlay serta menggunakan kuiz tersebut untuk penilaian dan latihan tambahan. Semasa Kejohanan Dunia FrogPlay tahun lepas, Cikgu Zulkifli bekerjasama dengan guru-guru lain untuk membina kuiz. Lebih 200 kuiz telah dibina dan dikongsikan dalam Kuiz Komuniti, dengan 100 lebih kuiz berkaitan Pendidikan Islam.

Papan kekunci digital untuk tulisan Jawi

Cikgu Zulkifli memuat turun papan kekunci digital Jawi dan memasukkannya ke dalam pelancar pantas VLE Frog supaya murid-murid boleh belajar tulisan Jawi secara digital. Papan kekunci digital ini juga menggalakkan murid-murid untuk membuat nota-nota sendiri bagi Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. “Saya dapat lihat murid-murid amat suka belajar bersama Frog. Mereka tidak rasa tertekan dan suasana bilik darjah menjadi lebih santai,” kata Cikgu Zulkifli.

SMK Agama Arau baru mula menggunakan Frog pada tahun lepas apabila Cikgu Zulkifli menjadi Admin Frog. Dengan sokongan dan motivasi dari Pengetua Encik Hj Abdullah bin Shafie, Cikgu Zulkifli memperkenalkan Frog kepada guru-guru dan murid-murid SMK Agama Arau, serta menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia FrogPlay. Semasa kejohanan tersebut, makmal komputer dibuka sepanjang hari supaya murid yang tinggal di asrama boleh menggunakan FrogPlay selepas waktu persekolahan. Jadual waktu makmal komputer juga disediakan bagi guru-guru untuk menempah slot bagi melaksanakan pelajaran dengan Frog.

Murid-murid menjadi lebih berminat untuk belajar sejak menggunakan FrogPlay. Mereka juga lebih berdikari dan bermotivasi untuk membuat ulangkaji kendiri selepas waktu persekolahan. Dengan kerjasama antara guru dan murid serta usaha yang cekal, SMK Agama Arau telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Dunia FrogPlay bagi kategori sekolah menengah peringkat kebangsaan!

“Frog telah menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran bagi saya dan juga murid-murid. Saya tidak sabar melihat lebih banyak bahan pembelajaran untuk mata pelajaran lain,” kata Cikgu Zulkifli. Cikgu, hajat anda akan ditunaikan! Lebih banyak kandungan Frog Boost akan diperkenalkan tidak lama lagi. Nantikan!

Tinggal 7 hari lagi untuk anda merebut peluang menjadi Juara Dunia dalam Kejohanan Dunia Frog! Layari www.frogchampionships.com untuk maklumat lanjut.